Rabu, 25 Mei 2011

Cuba untuk berubah...

Usia semakin dewasa ....tetapi tingkah laku sama sekali tidak menunjukkan kematangan...dimana silapnya...salah diri yang membawa atau sememangnya sukar untuk melakukan perubahan.... sedarlah...bumi ini tidak kembali ke belakang dan matahari tidak akan berhenti berpusing untuk memberikan kita peluang mengenang dan mengulangi semula kisah semalam.

Andai semalam tidak seindah yang diinginkan...berusahalah mendapatkannya pada hari ini dan hari-hari yang mendatang....jangan sesekali sifat berputus asa itu wujud dalam didalam diri kerana ia adalah seburuk-buruk perilaku.

Bangkitlah.....berubahlah....kerna ianya untuk diri kita juga...bukannya orang lain.